Tips ibu bapa mengajar anak-anak bahasa kedua
Bagaimana hendak buat anak mahir bahasa kedua? Anak saya sekolah rendah. ‘ Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya ’. Usahalah ibu dan ayah, demi kebaikan masa depan anakmu. Persoalan di atas seringkali dilafazkan oleh ibu bapa di luar sana yang risau akan pencapaian bahasa kedua anak mereka. Walaupun berbeza dengan bahasa yang digunakan dalam aktiviti seharian, ibu bapa kadangkala sudah tahu asas bahasa kedua tersebut. Bolehlah gunakan pengetahuan asas itu untuk mengajar bahasa kedua kepada anak-anak di rumah. ‘ Tak kenal maka tak cinta ’. Tidak salah untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada anak-anak walaupun mereka masih kecil. Semasa kecil inilah mereka mudah menerima pelajaran baharu selaras dengan pepatah, ‘ melentur buluh biarlah dari rebungnya ’. Berikut adalah cara-cara yang boleh dicuba oleh ibu bapa untuk penguasaan bahasa kedua anak-anak. 1. 1. Ajar perkara yang perlu diketahui oleh anak-anak, bukan semua yang kita tahu ...